Assalamualaikum wbt. Penat berkayak semasa Team Building belum pun hilang. Sabtu 12 April 2014, jam 11 pagi kami bertolak dari Puchong. Kami singgah di Jusco Equine untuk membeli adapter. Tapi sampai Jusco, lain pulak yang aku beli.. mainan budak-budak ni... Jam 12 tengahari kami terus menuju ke Putrajaya Sentral untuk menaiki ERL ke Salak Tinggi dan tukar ke bas shuttle menuju LCCT. Ini cara paling mudah dan murah berbanding meletak kereta di LCCT.Kalau letak di pakir LCCT.. mahal.. Kalau letak di pakir SCAF, jauh lah pulak nak menapak.
Aku dah buat web check in awal-awal. Jadi sampai sahaja di LCCT terus menuju ke kaunter daftar masuk bagasi. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Penerbangan kami pada jam 3.15 petang mengikut jadual. Dari Kuala Lumpur ke Jogjakarta menggunakan pesawat Indonesia. Semua anak kapalnya orang Indonesia. Aku siap ambil gambar semasa pramugari menunjukkan demonstrasi keselamatan kerana kali pertama aku menaiki pesawat Air Asia dengan seragam anak kapal yang ranggi. Anak kapal memakai jean je.. sempoi..
Memandangkan penerbangan mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Aku book meal awal-awal untuk kami sekeluarga. Seperti biasa, Hamzah dengan roti canainya. Aku ambil 'roasted chicken' manakala wife ambil nasi beriani, jadi tidaklah terlalu bosan dalam penerbangan. Aku masih trauma dengan tragedi MH370, jadi penerbangan kali ini membuatkan aku rasa cuak bila pesawat bergegar di udara kerana cuaca buruk. Cuaca semasa mendarat jika agak buruk menyebabkan gegaran boleh tahan.
Aku tertunggu-tunggu juga bila pramugari nak edarkan kad putih imigresen dan kastam tu. Tau-tau dah sampai. Pesawat selamat mendarat jam 5 petang waktu Indonesia. Walaupun baru jam 5 petang, suasananya dah seperti jam 6.30 di Malaysia. Keluar saja dari pesawat, seorang staff airport Adisucipto mengedarkan borang yang aku nanti-nantikan sejak tadi. Cis.. bedebah.. baru sekarang nak edar.. Dengan meja tiada. Ada yang menulis di lantai, ada di dinding, ada di belakang badan kawan. Menyusahkan orang, nak kena isi 4 borang imigresen dan 1 borang kastam. Dahlah ruangnya sempit. Korang tengok sendiri gambar yang aku letak di bawah ni.
Lebih 30 minit juga nak selesaikan urusan imigresen dan kastam. Keluar je ke arrival hall, kami diserbu oleh pemandu-pemandu teksi. Ada yang beruniform dan ada yang tidak beruniform (prebet sapu le tu). Kalau di KLIA atau LCCT jangan harap le prebet sapu nak cari makan. Prebet sapu letakkan harga yang cekik darah iaitu Rp200,000 untuk ke Sosrowijayan. Senang-senang nak kelentong aku, ingat aku tak survey dulu ke sebelum datang. Aku sebenarnya nak mencuba menggunakan Trans Jogja, tetapi hari dah mulai gelap dan airport ini agak sesak, tidak seperti yang aku jangka. Aku jangkakan suasananya tenang.
Aku terus diekori oleh pemandu-pemandu teksi, ajdi aku terus ke surau untuk solat Asar, keluar dari surau, aku lihat seorang pemandu masih menunggu aku.. GILA.. DESPERATE sangat agaknya.. Kesian.. Jadi aku tawar harga dan dapat Rp 70,000 menggunakan Suzuki APV. Perjalanan ke Sosrowijayan agak macet. Borak-borak juga dengan pemandu tu. Dia tawarkan untuk bawa aku jalan-jalan. Aku tanya harga untuk ke Deing Plateu, dia kata Rp 1,000,000.. wow.. terkezut.. Aku dapat Rp 500,000 je dari Yusi Trans. Sampai di Hotel Summer Season. Aku terus berikan Rp 100,000. Pemandu teksi tu tiada wang tukar dan hendak ke kaunter buat tukaran, aku cakap 'ngak mengapa.. sedekah sahaja'.. kesian pulak aku tengok dia.. Dari awal macam terdesak. Dalam perjalanan dia tunjukkan satu hotel yang mana ada seorang pelancong janji untuk gunakan service dia tapi setelah menunggu lama, rupanya pelancong tadi batalkan.
Selepas check in, solat Maghrib, kami terus keluar ke Jalan Malioboro untuk mencari sesuatu yang sangat-sangat penting iaitu adapter plug. Boleh lupa beli semasa di Jusco Equine, padahal itulah tujuan utama aku ke Jusco. Merata juga mencari, akhirnya jumpa kedai jual aksesori telefon selang beberapa kedai sederet Mall Matahari. Nasib baik harganya cuma Rp 35,000. Kalau tidak, sia-sialah dengan extension plug bagai aku bawa untuk cas handphone dan kamera. Lega bila dah dapat adapter ni, terus kami berjalan dan terjumpa orang menjual otak-otak. Rasanya tak sama dengan otak-otak di Malaysia. Anak-anak aku suka sangat. Aku tak berapa suka sebab banyak Pak Haji Naik Motor.. Yang ebstnya, dia siap bukakan pembalut daun tu, jadi tidaklah tangan kita berlengas-lengas nak embuka nanti.. terus ngap ngap ngap..
Memandangkan cuaca hujan renyai, bimbang demma pulak anak-anak hari pertama sampai. Ubat memang ada standby bawa. Kami terus ke seberang jalan untuk menaiki kereta kuda. Di sini kereta kuda dipanggil 'Andong'. Bayaran dikenakan ialah Rp 70,000, tapi aku dapat tawar mencadi Rp 60,000. Ok le, mana nak dapat kat KL naik kereta kuda RM18.. jarak pusingan jauh juga.
Biasanya pengemudi andong ni akan bawa kita singgah di outlet-outlet tertentu, biasalah, depa ada komisyen.. sendiri mahu ingatlah. Semua pemandu pelancong ada akaun komisyen kat outlet-outlet yang mereka bawa pelancong. Tapi aku tak nak singgah di outlet lain kecuali Bakpia, teringin sangat nak rasa Kuih Bakpia. Bakpia ni merupakan kuih yang menjadi identiti Jogja selain Gudeg yang menjadi makanan identiti di sini. Kami singgah di Outlet Bakpia 99. Ramai pengusaha bakpia, macam-macam nama, jadi, untuk memudahkan, mereka menggunakan nombor. Bakpia yang paling popular ialah Bakpia Pathok 25. Tapi malam ni cuba rasa yang Nombor 99. Aku beli 1 kotak parasa coklat. Pengemudi andong tu macam hampa je tengok aku bawa 1 kotak. Tak banyak le komisyen dia. Untuk makluman, bakpia ni dibuat dari kacang hijau, tapi sekarang dimodenkan dengan pelbagai perasa seperti coklat, keju dan nenas. Takdelah sedap mana Bakpia 99 ni.
Pulang ke hotel, terasa laparlah pulak, jadi kami berjalan ke Restoran Ayam Pedas Wong Jowo di simpang masuk Jalan Sosrowijayan. Order 2 Ayam Bakar Pedas dan 1 Ayam Penyet... sedap.. tambah pula dengan nasi indonesia yang ala-ala beras siam. Sambil makan, diganggu juga dengan pengamen iaitu peminta sedekah. Salah seorangnya ialah pengamen bencong (bapok).. nyanyi entah apa-apa ntah.. sakit telinga dengar.. Selagi tak bagi duit, selagi tu dia menyanyi.. Aku bagi Rp5000 buat beli lipstik, baru dia blah. Kemudian datang seorang lagi peminta sedekah letak kertas-kertas atas meja. Macam surat pulak. Dalam surat tu dia minta sumbangan duit. Senang benar nak cari duit. Orang tua jalan terbongkok-bongkok mencari rezeki halal, orang yang ada kudrat pulak malas nak berusaha. Aku tak bagi serupiah pun.
Kos makan di Restoran Ayam Pedas Wong Jowo malam tu cuma Rp 52,000.. oklah.. mana nak dapat makan 3 set nasi dengan air RM15 kat Malaysia yang tercinta ni. Selesai makan, kami berjalan lagi. Kalau terbang 2 jam setengah setakat nak duduk dalam bilik je..RUGI.. Jadi kami berjalan lagi dan melihat pertunjukan kumpulan seniman jalanan. Layan juga muzik angklung ni.
Bila penat dah semakin teras, kami pulang ke hotel. Sebelum tidur, aku sms Pak Budi dari Yusi Trans tentang acara esok. Wajib remind sopirnya ya, takut kita tertunggu-tunggu, sopirnya ngak kesampaian. Pak Budi reply sms dan memberikan nombor telefon sopir kami untuk esok beserta jenis kenderaan yang akan digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan