Khamis, 17 April 2014

Jalan-Jalan Ke Jogjakarta : Hari Kedua - Pantai Indrayanti

PAGI PERTAMA DI JOGJAKARTA
Assalamualaikum wbt. Ahad, 13 April 2014, seawal jam 4.45 pagi aku dah terjaga oleh azan. Biar betik, puul 5 pun belum, dah Subuh, aku baring-baring lagi. Hampir 5.30 pagi, aku lihat langit dah mula nak cerah.. betullah azan tadi azan Subuh. Terus solat dan kejutkan wife dan anak-anak bangun bersiap. Lebih kurang jam 6.30 pagi kami dah turun dan bersarapan di sebelah kaunter receptionist.
 Kami pilih meja di tepi kolam ikan, bagi anak-anak aku leka tengok ikan. Pilihan sarapan tak banyak. Roti dengan marjerin dan jem, nasi, mee hoon, sayur dan ayam. Pagi-pagi dah makan nasi. Aku tak sangguplah nak makan nasi sebab dalam proses menurunkan berat badan. Jadi aku pilih roti bakar. Tapi mentega yang digunakan ala-ala marjerin murah je. Takut aku nak makan kolestrol melampau. Jadi aku ambil mee hoon yang rasanya ala-ala mee goreng Indomie. Ambil lauk ayam sikit nak rasa. Tak masuk tekak aku le. Wife aku makan nasi berlauk manakala Hamzah dan Sofia makan cereal.


Sopir yang akan membawa kami pagi itu ialah Pak Wawan. Aku minta dia datang jam 8 pagi. Memandangkan masih terlalu awal selepas selesai sarapan, kami berjalan ke Jalan Malioboro menghala Stesen Tugu. Tempat yang dituju haruslah papan tanda jalan yang paling glamour... JALAN MALIOBORO.. Awal pagi dah ramai orang ebrkumpul di papan tanda nama jalan tu bergambar. Haruslah kami pun bergambar kat situ juga. Pagi-pagi juga pak-pak becak mempelawa kami putar-putar dengan becak. Kami menolak sebab takut lewat. Kami singgah di kedai K yang ala-ala 7-11 tu untuk beli jajan anak-anak dan terus kembali ke hotel. 
Tidak sampai seminit menunggu, aku terlihat kelibat kereta avanza dengan warna dan nombor pendaftaran seperti yang dinyatakan oleh Pak Budi, Tauke Yusi Trans. Nampaknya Pak Wawan dah sampai. Aku beritahu Pak Wawan yang plan pagi itu ialah ke Dieng tapi Pak Wawan beritahu sudah lewat untuk ke Dieng Plateu, nanti sampai hanya dapat lihat kabus. Jadi kami bersetuju untuk ke Pantai Indrayanti.
Dalam perjalanan, kami berpeluang meligat gelagat orang. Ada acara walkaton, tapi yang ebstnya mereka buat ala-ala pesta holi dalam cerita hindustan. Siap baling-baling serbuk pewarna. Di simpang-simpang traffic light ada pengamen-pengamen, yang lawaknya ialah pengamen-pengamen bencong. Macam jerangkong dah muka masing-masing. Menari-nari tengah jalan dan minta duit.
PANTAI INDRAYANTI
Pantai Indrayanti sebenarnya bernama Pantai Pulang Sawal atau Pantai Pulsa, terletak di Desa Tepus, Kabupaten Gunung Kidul, Yogyakarta. Nama Indrayanti sebenarnya merupakan nama pemilik restoran di pantai ini. Tapi nama Indrayanti pula yang menjadi popular dan menutup nama asal pantai ni. Pantai Indrayanti ini mempunyai ciri khas tersendiri kerana dibatasi oleh 2 buah bukit karang. Sampai-sampai je di pantai ni aku jadi sangat-sangat teruja. Ombaknya besar dan bergelora. Pasirnya bersih, tenggelam kaki berjalan atas pasir pantai. Ada payung-payung untuk disewa kalau nak berangan jadi mat salleh, tapi yang ada di sini semuanya pelancong tempatan, takdepun mat salleh.
Pantai Indrayanti juga sangat-sangat bersih berbanding pantai-pantai kerana di sini terdapat peraturan iaitu sesiapa yang mmebuang sampah merata-rata akan didenda sebanyak Rp 10,000. Di kawasan pantai ni juga ada pondok lifeguard yang sentiasa memberi amaran bila ada pengunjung yang berenang melebihi gigi pantai.Orang Indonesia memang hati kering. Berani diorang memang lain macam.
Di kiri kanan pantai ni ada 2 buah bukit yang dinamakan Bukit Karang. Tiada bayaran dikenakan tetapi ada kumpulan pemuda kampung yang meletakkan kotak derma, biasalah di Indonesia, keadaan meminta sumbangan derma boleh didapati di mana-mana sahaja. Aku hulurlah Rp 5000 masuk dalam kotak tu. Dari atas Bukir Karang ini kita boleh melihat permandangan Pantai Indrayanti yang sangat awesome. Tapi bukit ini tiada ciri keselamatan. Aku bertawakkal je pada Allah dan pastikan anak-anak sentiasa dipegang. Tebingnya sangat curam. Pemegang sisi tangga hanya dibuat dari kayu dan tidak kukuh.
Tengoklah gambar bawah ni. Seriau aku. Dari atas pun nampak ombaknya yang besar. Palang tepinya hanya dari kayu dan buluh. Anak bujang aku ni suka tunjuk pandai sikit. Baguslah, dia nak impress ayah dia, tapi di sini bahaya sayang. Anak ayah memang pandai, tapi bukan di semua tempat kita boleh tunjuk pandai.
Tak lama kami berada atas Bukit Karang kerana bimbang keselamatan anak-anak yang lasak. Kami turun dengan berhati-hati dan melalui tempat orang berjualan. Macam-macam dijual. Dari kuih-muih hinggalah ke umang-umang. Nak buat apa beli umang-umang. Bukan sekadar payung sahaja disewa, ruang untuk berkelah di bawah pokok juga disewa. Disiapkan dengan tikar dan memang selesa. Tapi kami mengejar masa.
Di tepi-tepi jalan juga ramai peniaga menjual seafood goreng seperti udang, sotong, ketam dan ikan tongkol. Udang dan ketamnya saiz kecil. Harganya Rp 20,000 satu sukatan. Kami minta campur udnag dan sotong. Aku ada gout, tak boleh makan seafood.
Selesai membeli seafood goreng, kami berehat minum air kelapa di sebuah warung. Harganya Rp10,000 untuk sebiji kelapa. Aku rasa sikit sotong dan udang yang dibeli tadi. Tak sedap langsung. Tak fresh. Selesai minum, kami terus menuju ke parkir dan terus dibawa Pak Wawan menuju Candi Prambanan.
Tunggu cerita di Candi Pambanan di catatan seterusnya.

Tiada ulasan: