Assalamualaikum wbt. Balik dari Team Building pada 11 April 2014, aku terus berkemas untuk bercuti ke Yogyakarta atau lebih dikenali sebagai Jogjakarta. Sehari sebelum tu aku dah whatapps wife aku untuk sediakan pakaian dan barangan yang aku perlukan. Jadi bila balik Jumaat tu tinggal masukkan dapat bagasi dan buat semakan terakhir sahaja. Sebagaimana destinasi sebelum ini, aku memang buat persediaan awal kerana percutian kali ini sekali lagi aku membawa anak-anak kesayangan bercuti bersama. Jika persediaan tidak dibuat dengan baik, berkemungkinan besar percutian akan jadi kelam kabut.
- Passport - Dokumen paling utama dah semestinya passport. Pernah beberapa orang kawan aku yang menghadapi masalah berkenaan passport kerana tempoh 6 bulan minimum bukan dikira berdasarkan bulan tetapi hari. Terpaksalah kawan aku menunda perjalanan keesokan hari untuk membuat passport baru di Jabatan Imigresen. Pastikan juga korang tidak tersenarai hitam ye.
- Penginapan - Persediaan tempat penginapan juga sangat-sangat penting bagi perjalanan melibatkan anak-anak kecil. Aku boleh saja tinggal di losmen-losmen atau rumah-rumah tumpangan murah, tapi rasanya tidak sesuai untuk anak-anak yang masih kecil. Keselesaan anak-anak menjadi perkara utama. Jadi, aku membuat tempahan awal menerusi 'agoda' dan membuat pembayaran penuh menerusi kad kredit. Jangan lupa print siap-siap baucer hotel tersebut untuk dikemukakan pada pihak hotel nanti.
- Boarding Pass Pergi Balik - Boarding pass pergi balik juga perlu dicetak. Aku lebih selesa menggunakan boarding pass bercetak berbanding kod-kod telefon tu. Manalah tahu tiba-tiba handphone habis bateri. Boarding pass Jogja-Kuala Lumpur dicetak 2 salinan kerana bimbang pihak Imigresen Indonesia meminta satu salinan boading pass Jogja-Kuala Lumpur (berdasarkan pengalaman blogger lain). Tapi pengalaman aku sendiri belum pernah pihak Imigresen Indonesia minta salinan boading pass balik. Walaubagaimanapun, kita mesti ebrsedia dengan pelbagai kemungkinan.
- Sifir Matawang - Sifir matawang atau jadual currency juga perlu disediakan untuk memudahkan urusan jual-beli. Aku gunakan lebihan semasa Trip Padang-Bukittinggi Januari lepas sahaja. Tapi aku tak pakai pun jadual ni, maklumlah dah expert dengan currency Indonesia ni. .. ha ha ha... Dulu semasa di Padang-Bukittinggi pun aku tak pakai jadual ni. Aku buat untuk kegunaan keluarga yang first time ke Indonesia.
- Tentatif Program - Untuk melancarkan percutian, aku dah siap-siapkan tentatif tempat-tempat yang aku nak lawati. Kalau nak buat tentatif tu kenalah berpatutan dengan masa dan kedudukan. Jangan kejap ke utara, lepas tu ke barat, lepas tu ke utara balik.
- Kenderaan - Memandangkan perjalanan aku bukanlah secara pakej agensi, aku terpaksa mencari kenderaan untuk ke tempat-tempat lawatan nanti. Mudah saja mencari kenderaan di Jogja, banyak syarikat sewa kereta boleh di Yogyes. Syarikat-syarikat yang diiklankan di dalam laman ini lebih dipercayai dan terjamin berbanding syarikat-syarikat lain. Terdapat beberapa pilihan sama ada memilih untuk menyewa kereta sahaja, atau dengan pemandu tidak termasuk petrol, atau dengan pemandu termasuk petrol mahupun pakej-pakej day tour. Harganya juga berpatutan.
- Study - Tiga bulan sebelum tarikh perjalanan, aku dah study tentang Jogjakarta ni dengan membawa blog-blog. Pengalaman-pengalaman blogger yang pernah ke Jogjakarta menjadi rujukan penting untuk aku. Malah, aku juga menghubungi beberapa orang blogger untuk bertanya pendapat. Jangan malu jangan segan. Malu bertanya sesat jalan.
- Install Applikasi Smartphone - Sekarang ada banyak aplikasi dalam google play store yang boleh di install dalam smartphone. Pilih aje mana yang sesuai. Aplikasi ini banyak membantu. Aku ada install beberapa aplikasi antaranya ialah Trans Jogja iaitu perkhidmatan bas shuttle dalam Kota Jogjakarta. Selain itu juga, aku install Peta Wisata Jogja. Cuma satu aplikasi yang aku lupa install ialah waktu solat. Jadi agak susah juga nak menentukan waktu solat. Di sana masuk waktu subuh jam 4.45 pgi. Aku pun keliru pada awalnya. Aku ke masjid tapi masjid tak buka lagi. Asyik nak bertanya orang " sudah masuk waktunya zohor pak?".. "sudah masuk waktunya asar pak?"..
Install Aplikasi Trans Jogja di Play Store |
Menu Aplikasi Trans Jogja |
- Adapter - Alat yang paling penting kalau korang bawa handphona dan kamera. Plug di Indonesia semuanya jenis 2 pin. Aku dah plan nak beli di Jusco Equine tapi terlupa. Bila parking kat roof, turun lalu tempat mainan, dah beli mainan budak-budak pulak. Anak-anak jenis rambang mata, Sofia kejap nak Mickey, kejap nak Minie, last-last beli toy tiger. Jadi, siap-siapkan adapter ni dalam beg travel korang.
Mungkin ada yang kata aku terlalu detail dalam membuat persediaan, nak buat macam mana, aku kan Mister Detail.. ha ha ha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan