Jumaat, 18 April 2014

Jalan-Jalan Ke Jogjakarta : Hari Kedua - Alun-Alun Selatan

ALUN-ALUN SELATAN
Memandangkan masih awal, aku meminta Pak Wawan membawa kami ke Alun-Alun Selatan atau dikenali sebagai Alun-Alun Kidul (ALKID). Alun-Alun Selatan ini merupakan sebuah kawasan lapang di bahagian selatan Kraton. Alun-Alun Selatan ni mempunyai ceritanya sendiri. Aku tak berminat nak ambil tahu tentang sejarah Alun-Alun Selatan ni. Cuma kawasan ni merupakan tumpuan penduduk mengisi masa petang bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti. Terdapat gerai-gerai jualan di sekitar kawasan ini. Meja-meja dan tikar diletakkan untuk pelanggan menikmati makan malam.
Dua pohon beringin di belakang tu tempat aktiviti MASANGIN..
Di tengah-tengah kawasan lapang ni terdapat 2 pohon beringin. Orang tua percaya sesiapa yang mampu berljalan di tengah-tengah pohon beringin itu dalam keadaan mata tertutup, maka hajatnya akan terkabul. Ia dinamakan 'Masangin' iaitu 'Masuk Di Antara Dua Pohon Beringin'. Terdapat individu yang menyewakan kain penutup mata untuk orang ramai mencuba 'masangin' ini. SYIRIK ni. Aku tak berminat. Jadi apa yang aku buat di Alun-Alun Kidul?.

Di Alun-Alun Selatan sewaktu kami sampai memang sudah ramai orang. Semakin petang, pengunjung semakin ramai. Nasib baik ada orang main belon buih. Hamzah pun suka main belon (semua Hamzah suka ye..hi..hi..hi..). Harganya Rp 20,000, tetap murah pada aku. Sabunnya punyalah banyak sampai penat nak menghabiskan. Sofia pulak bukan main suka berlari-lari kejar belon. Berani sangat, aku yang naik risau.
Suka Hamzah dan Sofia tengok belon, aku belilah sebotol..
Pandai Hamzah main belon..
Macam supermodel anak aku..


Di Alun-Alun Selatan ini juga terdapat kereta kayuh (aku tak tahu nak panggil apa) yang siap ada lampu lip lap macam baju Kak Ramlah Ram. Malas aku nak sewa, nanti aku kena kayuh sorang-sorang. Tunggu anak dah besar bolehlah kayuh bersama.
Kereta kayuh.. tu LOVE tu dari baju Kak Melah Ram Param Pam le tu..
"Mahu foto, dibayar.. atau beli satenya".. tak selera lah buk.. 
Ada juga ibu-ibu yang menjual sate. Tapi sate di sini tak sama seperti sate di Malaysia. Sate ni guna sos kicap. Cubalah korang makan sate kat Restoran Haji Samuri tu cicah dengan kicap. Aku tak seleralah nak makan sate ni. Dahlah macam main masak-masak. Entah betul-betul halal entah tidak. Pak Wawan beritahu sebelum ini yang ibu-ibu yang menjual sate ini biasanya dari Madura. Sate orang Jogja yang asli ialah sate kambing. Ibu yang jual sate dalam gambar di atas ni siap minta aku bayar sebab ambil gambar dia, kalau tak mahu bayar, dibeli satenya. Amboi, Kak Ziana Zain pun tak minbta bayaran kalau orang ambil gambar dia.
Macam sedap.. tapi tak sedap..
Aku mencuba bakso bakar.. macam sedap je.. macam best je.. Tapi tak best le. Nasib baik harganya cuma Rp1,000. Aku beli yang pedas, punyalah pedas. Dia guna lada hitam. Yang manis tak tahulah sedap atau tidak. Tapi baksonya kurang daging. Macam rasa tepung je. Hanyir pulak tu.
Semakin petang semakin ramai..
Hari semakin gelap. Kereta-kereta kayuh semakin banyak dengan lampu lip lap. Orang pun semakin ramai. Kami mengajak Pak Wawan pulang ke hotel tetapi singgah makan terlebih dahulu. Aku meminta Pak Wawan membawa kami ke Waroeng Spesial Sambal SS Pedas Habis. Restoran ni ada banyak cawangan di Indonesia. Restoran ni menyediakan aneka jenis Sambal. Yang paling pedas ialah Sambal Bawang manakala yang paling tidak pedas ialah Sambal Tomato. Masa sampai di restoran ni semua meja penuh dan kami diminta untuk tunggu di luar dahulu. memang ada disediakan bangku. Nampak sangat yang restoran ni memang menjadi tumpuan orang ramai.

Kerana orang terlalu ramai, aku segan nak ambil gambar. Yang sempat aku ambil ni pun curi-curi, off kan flash. Malu, nanti orang kata aku sakit jiwa. Kos makan dan minum malam tu cuma Rp62,000..lebih kurang RM18.. makan 4 orang ye.. order ayam.. tambah telur dadar.. tambah begedil.. air buah ye.. agak-agak dapat tak kat Malaysia? Dapat memang dapat..dapat untuk seorang je lah..
Dalam Restoran Spesial Sambal
Selesai makan malam, kami terus pulang ke hotel, jalankan tanggungjawab yang wajib, mandikan anak-anak. Alhamdulillah anak-anak tak buat kerenah sangat walaupun penat berjalan. Seharian tak minta susu atau milo. Lepas mandi, sekali lagi keluar menyusuri Jalan Malioboro. Kali ni kami menaiki beca atau dipanggil 'becak' di Jogjakarta. Aku mengambil 2 buah becak. Takkan nak guna 1 beca naik 4 orang, koyaklah otot Pak Becak tu nanti. Bayaran dikenakan ialah Rp 5,000. Tapi seperti biasa, Pak Becak akan mempelawa untuk mambawa kita ke outlet batik dan ole-ole. Biasalah.. komisyen.. Aku beritahu Pak Becak yang aku dah membeli batik dan ole-ole. Aku cuma nak ke Benteng Vredeburg di hujung Jalan Malioboro. Akhirnya Kedua-dua Pak Becak akur dan membawa aku ke Vredeburg. Aku bayar Rp 20,000 iaitu seorang Rp 10,000. Kesian diorang tak dapat komisyen. 
Naik becak..
Frust je muka pakcik beca sebab aku tak singgah beli barang..
Benteng Vredeburg sebenarnya sebuah muzium. Ia dibuka pada waktu siang dan terletak di penghujung Jalan Malioboro. Benteng Vredeburg dibina pada masa penjajahan Belanda tahun 1765. Pada awalnya benteng ini berfungsi sebagai benteng untuk pertahanan untuk melindungi Gubernur Hindia Belanda. Benteng Vredeburg juga dilengkapi dengan meriam yang mengarah ke Kraton Yogyakarta untuk menangani serangan dari tentara Keraton Yogyakarta. Berdekatan Muzium ini juga terdapat sebuah monumen atau tugu yang dinamakan 'Monumen Umum Serangan 1 Maret'.
Muzium Vredeburg
MONUMEN SERANGAN UMUM 1 MARET

Monumen ini berada satu kompleks dengan Benteng Vredeburg tepatnya di depan Kantor Pos Besar DIY.Monumen ini dibangun untuk memperingati serangan tentara Indonesia terhadap Belanda pada tanggal 1 Maret 1949. Serangan ini dilakukan untuk membuktikan kepada dunia bahwa Indonesia masih memiliki kekuatan untuk melawan Belanda. Saat itu serangan Tentara Nasional Indonesia (TNI) dipimpin oleh Letnan Kolonel Soeharto, Komandan Brigade 10 daerah Wehrkreise III, yang tentu saja setelah mendapat persetujuan dari Sri Sultan Hamengkubuwono IX sebagai Kepala Daerah Istimewa Yogyakarta.

Sri Sultan Hamengkubuwono IX menganggap saat itu Indonesia harus membuktikan kepada dunia luar bahwa walaupun para pemimpin negara Indonesia saat itu ditawan oleh Belanda, bukan berarti pemerintahan Indonesia telah lumpuh. Tapi sebaliknya pemerintah Indonesia masih ada dan TNI masih kuat sehingga dapat mendukung perjuangan RI di sidang Dewan Keamanan PBB yang dilaksanakan pada bulan Maret 1949. Dengan demikian ada beberapa hal yang ingin dicapai dengan adanya serangan ini yaitu selain tujuan militer, juga ada tujuan politis dan tujuan psikologis.

Dalam peperangan itu kota Yogyakarta saat itu berhasil diduduki oleh TNI selama 6 jam sampai dengan pukul 12.00, sesuai dengan apa yang telah direncanakan sebelumnya. Dengan berhasilnya serangan ini (Serangan Umum 1 Maret) maka moril TNI semakin meningkat dan mampu mematahkan propaganda yang dilakukan Belanda yang menyatakan bahwa RI dan TNI telah lumpuh.

Saat ini Monumen Serangan Umum 1 Maret ini merupakan salah satu landmark dan cagar budaya provinsi DIY sebagai bangunan yang mengingatkan tentang sejarah perjuangan bangsa Indonesia melawan penjajah pada masa lalu. Pada saat-saat tertentu terutama pada waktu hari besar Nasional misalnya hari Kemerdekaan atau hari Pahlawan, monumen ini sering digunakan sebagai tempat acara untuk memperingati hari besar tersebut.
Monumen Serangan Umum 1 Maret
Kawasan di sekitar Bendeng Vredeburg sangat happening pada malam tu. Orang di sini agak kreatif. Ada 2 orang pemuda yang berpakaian ala tentera Kraton dengan prop basikal. Sesiapa yang ingin bergambar bersama mereka boleh memberi sumbangan seikhlas hati. Ada juga yang bersolek seperti hanti dengan tujuan yang sama. Bagio aku orang-orang seperti ini bukanlah peminta sedekah. Mereka mencari rezeki halal dengan cara tersendiri.
Suasana di hadapan Fort Vredeburg
Zombi dan pocong.. 
Kami berjalan untuk pulang ke hotel melalui Pasar Sore Malioboro. Pasar Sore ini pada waktu siang merupakan pakir motorsikal. Ia terletak bersebelahan Pasar Beringharjo. Pasar ini menjual barangan second hand atau bundle.
Psar Sore menjual barangan terpakai.
Dalam perjalanan balik ke hotel kami melalui pertunjukan angklung lain. Seronok tengok diorang menari. Rasa nak menari sama. Nanti orang kata aku buang tebiat pulak. Lupakan jelah. Kami terus menuju hotel dan berehat.
Persembahan jalanan.. Angklung..
Kira macam kelab malam jalanan le nih..

Tiada ulasan: