ISTANA AIR TAMAN SARI
Dari Kraton, kami menuju ke Istana Air Taman Sari. Lokasinya masih di dalam kawasan Keraton Ngayogyakarta. Dalam bahasa Inggeris Taman Sari dikenali dengan nama "Perfume Garden" atau "Fragrant Garden", kerana terdapat banyak bunga ditanam di kawasan ni. Tiket masuk ke Taman Sari ini ialah Rp 10,000 seorang. Di pintu masuk terdapat penduduk tempatan yang menjadi guide. Kita boleh memilih untuk tidak menggunakan khidmat tour guide ni sebenarnya, tapi aku nak melawat Semur Gemuling di Masjid Bawah Tanah yang laluannya tidak jelas. Jadi, aku layan jelah pakcik tu nak jadi guide aku.
|
Gapuro Panggung yang terdapat di bahagian timur digunakan sebagai pintu masuk ke Istana Air Taman Sari |
|
Tiket masuk.. Rp 10,000 seorang |
Taman Sari bukan saja menjadi tempat rekreasi keluarga Sultan tetapi juga menjadi sistem benteng pertahanan. Taman Sari juga digunakan sebagai tempat untuk meditasi bagi Sultan, tempat untuk membuat batik yang dilakukan oleh gundik-gundik dan puteri-puteri Sultan. Selain itu, ia juga merupakan tempat untuk berlatih tentera. Taman Sari didirikan pada tahun 1758 dan idea awalnya adalah dari Pangeran Mangkubumi (kemudian bergelar Hamengku Buwono I) dan juga Raden Ronggo Prawirosentiko (Bupati Madiun) sebagai arkitek, dan Demang Tegis (asli orang Portugis yang mendapatkan gelar dari kerajaan) sebagai mandur.
|
Mauk-masuk je akan melalui 4 buah bilik pengawal |
Di Taman Sari ni dahulunya merupakan kawasan larangan sebab kena mandi bogel di sini. Ada 3 kolam mandi di sini. Diceritakan bahawa Sultan akan melihat gundik-gundik mandi dari menara tinjau dan memilih gundik yang dia berkenan untuk bercerekarama. Gundik yang menjadi pilihan Sultan akan mandi bersama-sama Sultan di kolam khas Sultan yang lebih private, maka bermulalah sebuah cerekarama. Layanlah gambar-gambar ni..
|
Kawasan ni tempat gundik-gundik menari |
|
Memasuki ruang pertama.. Kolam pertama untuk anak-anak |
|
Masih di ruang pertama, ini kolam untuk gundik-gundik |
|
Dua buah kolam dalam ruangan pertama |
|
Menara tempat Sultan memilih gundik untuk di'ajak mandi bersama.. |
|
Sauna.. letak air panas bawah katil tu kot.. |
|
Kolam untuk gundik-gundik mandi bersama.. |
|
Sultan sedang mengintai gundik-gundik mandi-manda.. |
|
Permandangan dari ruang mengintai.. |
|
Nak turun dari ruang mengintai tu baru terasa curam.. |
|
Ala-ala wishing well.. KHURAFAT.. |
|
Gapuro Agung yang terdapat di bahagian barat digunakan sebagai pintu keluar dari Istana Air Taman Sari |
MASJID BAWAH TANAH - SUMUR GEMULING
Kami keluar dari Taman Sari melalui pintu Gapuro Agung yang pada asalnya merupakan pintu masuk ke Taman Sari. Keluar dari Taman Sari terdapat beberapa peniaga berjualan. Ada kedai-kedai menjual lukisan. Guide tadi mempelawa aku untuk tengok lukisan dalam tu tapi aku xnak sebab kejar masa. Lelaki yang jaga kedai tu boleh kata aku "EGOIS".. Aku senyap je.. kat tempat orang kan.. kurang hajak.. Dah aku tak minat nak tengok lukisan dia, nak marah-marah pulak, lainlah kalau aku dah tengok-tengok, dah tawar tapi xnak beli.. mampuslah situ..
|
Melalui celah-celah rumah orang menuju ke Masjid Bawah Tanah |
Guide tadi terus membawa kami melalui celah-celah rumah orang dan kedai-kedai baju dan bengkel batik. Jauh juga menapak, kalau tak guna guide memang tak jumpalah sebab lokasinya di celah-celah rumah orang. Jangan harap ada penunjuk arah ye. Kalau nak cari, buang masa pulak nanti kan. Kami sampai di pintu masuk terowong ke Masjid Bawah Tanah. Sebenarnya terowong ni bersambung dari Taman Sari hingga ke Kraton, tapi sesetengah ruang terpaksa ditutup sebab dah banyak rumah di bina atas terowong ni, takut runtuh.
Mehrab.. tempat Imam..
|
Ruang solat |
Masjid Bawah Tanah-Sumur Gemuling didirikan pada tahun 1765.. wah.. hampir 300 tahun.. Tapi masjid ni dah tak digunakan sejak tahun 1812 setelah Kraton membina Masjid Gedhe Kauman. Masjid ni terdiri dari 2 tingkat iaitu untuk lelaki dan perempuan. Pada bagian dalam bangunan masjid, terdapat kolam yang dikelilingi 5 tangga yang melambangkan jumlah rukun Islam. Di bawah tangga terdapat kolam air dari Sumur Gumuling. Ia dinamakan Gemuling kerana bentungnya bulat seperti 'guling'. Bahagian atas masjid membentuk bulatan tanpa atap. Di bagian dinding juga terdapat banyak ventilasi sehingga cahaya matahari boleh masuk menerangi dalaman masjid.
|
Sumur Gemuling.. Bilal akan azan di tengah-tengah tangga ni.. Bawah tangga ni juga tempat wuduk.. |
|
Terowong menuju ke Masjid Bawah Tanah.. Terowong ni dulunya tembus ke Kraton tapi sekarang ditutup sebab ada banyak rumah orang di atasnya.. takut roboh.. |
|
Pulang ke pakir pun melalui celah-celah rumah orang.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan