KOMPLEKS CANDI ARJUNA
Dari Kawah Sikidang tadi, kami terus menuju ke Kompleks Candi Arjuna yang terletak berdekatan. Perut dah rasa lapar. Di Telaga Warna tiada orang menjual makanan, di Kawah Sikidang juga tiada orang menjual makanan melainkan makanan yang aku tak makan. Sampai di parkir Kompleks Candi Arjuna, Alhamdulillah ada peniaga-peniaga makanan. Ada juga gerai-gerai makan di sini, tapi tak kena dengan selesa aku lah. Kami cuma beli jagung rebus. Ada juga dijual jagung bakar dan kentang rebus, tapi macam susah je nam makan kentang tu. Ingat nak beli keropok yang pakcik ni jual, nampak sedap, tapi rupanya keropok mentah, kena goreng dulu. Kalau nak bawa balik goreng kat rumah, takpelah.. I tengah berdiet ye..
|
Kelaparan.. Belasah jagung rebus dulu.. |
|
Kentang hasil tanaman di Dieng Plateau |
Jangan lupa bawa tiket Kawah Sikidang tadi sebab Kawah Sikidang dan Kompleks Candi Arjuna gunakan tiket yang sama. Sebelum masuk, memang di periksa tiket dahulu. Dari pintu masuk nak ke Kompleks Candi Arjuna ni boleh tahan juga jauhnya. Habislah 2 tongkol jagung aku belasah dalam perjalanan tu.
|
Pemeriksaan tiket.. Gunakan tiket yang sama di Kawah Sikidang tadi.. |
|
Sebelum sampai ke kumpulan candi-candi, ada satu candi di sebelah kiri, tapi jauh gila nak kena melalui kebun sayur.. |
Candi Arjuna sebenarnya merupakan salah satu bangunan candi yang terdapat di Kompleks Candi Arjuna. Di komplek ini juga terdapat Candi Semar, Candi Srikandi, Candi Puntadewa, dan Candi Sembadra. Candi Arjuna juga merupakan candi yang terbesar dalam komplek ini, mungkin kerana ini komplek candi ni dinamakan Kompleks Candi Arjuna. Candi Arjuna terletak paling utara dari deretan candi-candi di kompleks tersebut. . Sementara itu, Candi Semar adalah candi perwara atau pelengkap dari Candi Arjuna. Kedua bangunan candi ini saling berhadapan. Seperti umumnya candi-candi di Dieng, masyarakat memberikan nama tokoh pewayangan Mahabarata sebagai nama candi. Kalu nak melawat ke Komplek Candi Arjuna ni sebaiknya sebelah pagi. Kalau dah petang, nampak kabus je lah..
|
Saya juara.. Dia yang sampai dulu.. |
|
Di salah satu candi dalam Komplek Candi Arjuna |
|
Adik dan bonda |
|
Sejuk je dalam ni.. masuk dalam-dalam nanti takut tak muat nak keluar.. |
Tiada arca dalam Candi Arjuna..
|
Happy family |
|
Motif di candi dalam Kompleks Candi Arjuna |
|
Motif di candi dalam Kompleks Candi Arjuna |
|
Yang kat kepala wife aku tu Candi Perwara atau pelengkap bagi Candi Arjuna (yang tinggi tu).. Kedua-duanya saling berhadapan.. |
|
Adik manja ayah yang sporting.. |
|
Hamzah bergaya tanpa diajar.. |
Candi Arjuna juga merupakan lokasi upacara memotong rambut gembel diadakan. Sebelum ni aku ada ceritakan kononnya rambut gembel ni adalah hasil sumpahan Pangeran Kidang Garungan. Upacara pemotongan rambut gembal sendiri merupakan tradisi turun temurun masyarakat Dieng. Anak-anak yang berambut gembel dipercayai sebagai anak – anak istimewa. Rambut gimbal adalah semulajadi dan bukan semua anak yang lahir di Dieng memiliki rambut gembal. Rambut ini akan muncul ketika masih bayi, ketika dicukur rambut, anak itu akan sakit dan tumbuh semula menjadi rambut gembel. Rambut gembal ini akan dipotong apabila anak itu sendiri yang mahukan rambutnya dipotong, tak boleh suka-suka. Dan ada satu syarat yang harus dilaksanakan oleh ibubapa iaitu semua permintaan anak berambut gembel semasa rambutnya akan dipotong harus dipenuhi. Nasib baik anak-anak ni tak minta kereta sport.. Kepercayaan orang kan..
|
Upacara Memotong Rambut Gembel
Sumber : Pak Google |
|
Upacara Memotong Rambut Gembel
Sumber : Pak Google |
|
Bunga Loceng hidup subur di kawasan sejuk.. |
Di parkir Kompleks Candi Arjuna terdapat sebuah lagi candi yang dinamakan Candi Gatotkaca. Candi ini terletak di sebelah barat Kompleks Percandian Arjuna, di tepi jalan ke arah Candi Bima, di seberang Museum Dieng Kailasa. Nama Gatotkaca sendiri diberikan oleh penduduk dengan mengambil nama tokoh wayang dari cerita Mahabarata. Candi Gatotkaca ini dipercayai dibina pada masa pemerintahan Ratu Sima
|
Candi Gatotkaca bersebelahan parkir Komplek Candi Arjuna.. |
|
Candi Gatotkaca |
WAROENG JOGLO
Dari Kompleks Candi Arjuna, kami terus balik menuju Jogjakarta melalui Magelang. Perancangan awal nak singgah di Candi Borobudur di Magelang, tapi...... haaa...... nanti aku cerita..... Cuaca semasa kami balik baik-baik je, tapi di langit nampaknya kabus dah mula turun. Kata Pak Wawan, kami bernasib baik, jika terlewat, dah pasti cuaca di Dieng berkabus dan tak dapatlah nak lihat permandangan di Dieng, nampak kabus je ala-ala kontraktor MPSJ buat fogging. Aku minta Pak Wawan singgah makan di Restoran Waroeng Joglo di Jalan Wonosobo. Dari Kompleks Candi Arjuna ke restoran ni ambil masa lebih 1 jam juga. Aku memang rancang nak makan di restoran ni selepas baca review beberapa blogger yang singgah di sini, katanya di restoran ni boleh lihat permandangan gunung kembar iaitu Gunung Sumbing dan Sindoro. Tapi apakan daya, dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat, jadi tak dapatlah tengok permandangan jelas. Kabus aje yang dapat kami lihat.
|
Waroeng Joglo.. tepi jalan je on the way ke Magelang.. |
Restoran 'Waroeng Joglo' ni dinamakan kerana senibina dia. 'Joglo' merujuk pada senibina rumah tradisional masyarakat Jawa. Kalau Minangkabau ada rumah tradisional yang ada ciri-ciri tersendiri, orang Jawa pun ada rumah tradisional yang berciri tersendiri. Korang google lah 'Joglo'.. Tak reti aku nak terangkan sebab ada banyak sangat ciri-ciri Rumah Joglo ni. Tapi restoran ni memang cantiklah, walaupun tak dapat tengok permandangan gunung kembar, duduk makan dalam restoran ni pun dah puas hati.. klasik sangat.. Hiasan alam restoran ni semua gunakan kayu.
|
Pintu masuk Restoran Waroeng Joglo.. Cis.. gambar tak clear sebab segan nak snap.. he he he |
|
Kerusi tempah khas tu.. |
|
Inilah antara ciri utama Rumah Joglo, tapi Pak Wawan kata ini tidak original.. yang original, kayu yang bertingkat tu kalau dibuka boleh buat sebuah rumah. |
|
Boleh lepak-lepak kat buaian kayu lagi. |
|
Nak duduk sini pun boleh.. tapi macam mana kau nak makan |
Masuk-masuk restoran ni, haruslah aku pilih untuk duduk di bahagian luar, walaupun hanya nampak kabus, belasah jelah. Tapi baru duduk seminit dua aku dah menggigil. Sejuk gila kat sini. Aku pun tak tahan, apa lagi anak aku. Jadi kami berpindah ke bahagian dalam, kuranglah rasa sejuknya, tapi masih macam dalam aircond juga. Aku risau juga dengan harga makanan kat sini, restoran nampak kelas je kan. Alhamdulillah.. harganya tak mahal pun. Kami order 4 nasi goreng dan 3 air buah. Kos hanya Rp. 100,000. Aku, wifa dan Pak Wawan order Nasi Goreng Istimewa, Hamzah pulak aku orderkan Nasi Goreng Ayam. Pak Wawan ni penyegan. Nak ajak makan pun susah.. malu-malu. Makan kat sini kena laju-laju sebab cuaca sejuk, nasi cepat jadi sejuk, dah sejuk mana sedap. Rasa nasi goreng kat sini ala nasi goreng jawa le.. MANIS.. Tapi dah lapar.. belasah je.. sedap jugak.
|
Nasi Goreng Ayam untuk Hamzah dan Sofia.. |
|
Hujan dah berhenti.. tapi kabusnya tebal sepanjang perjalanan |
Selesai makan lebih kurang jam 3 petang, kami terus menuju ke Candi Borobudur yang terletak di Magelang. Pak Wawan beritahu yang kemasukan terakhir ke Candi Borobudur ialah pada jam 5 petang. Pak Wawan memandu laju untuk pastikan kami sempat sampai. Tapi di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebat, jalan berkabus macam dalam gambar kat atas tu. Ketika sampai di pintu gerbang persimpangan jalan masuk ke Candi Borobudur, hujan masih renyai, suasana jam 5 petang seperti jam 6.30 petang di Malaysia. Aku putuskan untuk batalkan lawatan ke Candi Borobudur sebab hujan masih renyai, hari pun dah nak gelap, dengan bawa anak kecik nak lawat tempat macam tu, rasanya tak sesuai.. sedey woo.. Nak buat macam mana, Pak Wawan dah usaha sehabis baik supaya cepat sampai, tapi keadaan tak mengizinkan.
|
Budak debab yang kepenatan walaupun berdukung.. |
Aku rasa satu kecacatan pada trip ni kalau aku tak melawat Candi Borobudur. Aku tanya Pak Wawan samada boleh bawa kami ke Candi Borobudur semula esok. Pak Wawan ni tak banyak kerenah, dia setuju aje, tapi dia beritahu yang ada agenda lain yang kami terpaksa batalkanlah esok. Aku setuju je, aku pun faham, manalah nak sempat. Jadi Pak Wawan minta kami bersiap untuk check-out terus jam 6 pagi esok. Untuk malam tu, aku minta Pak Wawan berhentikan kami di hadapan Mirota Batik (Hamzah Batik)
MIROTA BATIK (HAMZAH BATIK)
Mirota Batik (Hamzah Batik) terletak di hujung Jalan Malioboro berhadapan dengan Pasar Beringharjo. Tujuan aku sebab nak cari fridge magnet. Setahu aku, hanya di Mirota Batik (Hamzah Batik) je yang ada jual fride magnet. Mirota Batik (Hamzah Batik) ni menjual macam-macam barang cenderahati. Banyak juga dijual patung-patung, baju-baju batik, kain batik dan macam-macam lagilah. Suasana dalam gedung ni macam dalam kuil rasanya sebab bau setanginya kuat gila dengan latar belakang lagu tradisional dalam bahasa Jawa, seram sejuk aku rasa, dah lah patung-patung hindu pun banyak. Harga dalam gedung ni harga tetap ye, jangan buat perangai nak tawar menawar pulak.
|
Dalam Mirota @ Hamzah Batik.. Macam-macam ada.. |
Fride magnet terletak di tingkat atas. Pilihan tak banyak sangat, harganya pun boleh tahan sebab tak dijual di kedai lain. Selepas membeli fride magnet, kami pulang ke Hotel Summer Season dengan menaiki andung (kereta kuda) sebab anak-anak aku nak naik kereta kuda lagi. Ni malam terakhir, ikutkan jelah.. Malam tu cas kereta kuda cuma Rp 50,000 sahaja. Oklah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan