Assalamaualikum wbt. Lama rasanya tak update blog ni. Dah kena penyakit malas. Banyak perkara yang berlalu tanpa aku abadikan dalam blog ni. Hari ini aku merajinkan diri untuk berkongsi pengalaman menghadiri Program Team Building Pejabat Daerah/ Tanah Petaling Siri 1/2014 yang diadakan di Hotel Impian, Morib, Banting pada 9 hingga 11 April 2014.
Program team building ni julung-julung kali diadakan. Aku rasa, ini kali pertama Program Team Building diadakan melibatkan pelbagai unit dan gred jawatan secara rawak. Sebelum ini memang ada unit yang membuat program sendiri. Program kali ini dikendalikan oleh sebuah konsultan. Berbeza dengan program kursus atau seminar yang membosankan, program kali ini sangat menarik. Cara penyampaian pengajar berbeza dengan motivator lain. Pengisian lebih tertumpu pada aktiviti dalam kumpulan dan aktiviti luar.
Aktiviti luar diadakan pada hari Khamis di Kem El-Azzhar yang terletak berdekatan Hotel Impian, Morib. Selepas makan tengahari, solat dan berehat, peserta berkumpul di lobi hotel untuk dibawa ke Kem El-Azzhar dengan menggunakan coster Pejabat Daerah/ Tanah Petaling. Kami diberi taklimat oleh jurulatih Encik Muhammad Faridzul tentang cara skytrek dan cara berkayak. Inilah kali pertama dalam sejarah selama 36 tahun aku hidup, aku berkayak. Boleh tahan juga penangan berkayak ni. Letih dan sakit pinggang, tapi seronok. Selain berkayak, aktiviti flying fox dan skytrek. Aku tak berani berjalan atas skytrek tu sebab kasut aku dah nak koyak, rasa tak yakin je. Jom layan gambar-gambar yang sempat kamera cabuk aku rakamkan.
Selesai aktiviti skytrek dan berkayak, diadakan game, kami bertanding antara kumpulan, berenang, berkayak dan MAKAN. Kumpulan aku kalah bab makan. Aku tak berani nak makan tembikai banyak, nanti gula naik. Jadilah kami kumpulan yang terakhir. Selesai saja game, kami terus ke laut untuk menjaring ikan. Penat gila aktiviti menjaring. Bayangkanlah berjalan meredah ombak.. fuhhh... Tak dapat ikan sangat pun. Cuma dapat pengalaman dan sedar betapa susah menjadi nelayan. Jadi, janganlah bising kalau harga ikan mahal.
Sekejap masa berlalu, sampailah hari ketiga iaitu hari terakhir. Majlis penutup diadakan pada jam 11.00pagi dan dirasmikan oleh Dato' Haji Misri, Pegawai Daerah Petaling. Sijil diberikan kepada peserta. Majlis ditutup dengan rasminya.
1 ulasan:
Wahhh.. cantiknya tempat ni.. pernah jugak join team building, tapi di Port Dickson :)
http://miaqaisarah.com/2015/04/20/team-building-supermom-di-port-dickson-day-1/
Catat Ulasan